Rabu, 25 Desember 2013

Ahli muzik bunuh tiga rakannya kerana dikeluarkan dari band

12 Nov 2013

Musisi Iran bunuh tiga temannya karena dikeluarkan dari band
Rafie Akbar pemuzik Iran dari band Yellow Dogs. ©Facebook.com

   Ali Akbar Mahammadi Raefe, ahli muzik berasal dari Iran yang bergabung dalam band bernama Yellow Dogs membunuh tiga rakan bandnya dengan senapang kerana kesal telah dikeluarkan dari band itu.

Polis  Kota New York, Amerika Syarikat, kelmarin mengatakan Rafie melepaskan tembakan selepas waktu tengah malam di apartemen tempat grup band itu tinggal kawasan Brooklyn. Dia menembak dua orang rakannya di kamar tidur dan seorang lagi di ruang tengah sebelum lari melalui bumbung dan menembak dirinya sendiri, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Selasa (12/11).

Dia menggunakan senjata senapang semi-otomatis kaliber 308 Century Arms dalam penyerangan itu. Polis percaya dia membawa senapang itu dalam kotak gitar.

Pertama dia menembak pemain gitar Soroush Farazmand, 27, di kamar tingkat dua lalu dia menuju tingkat tiga untuk membunuh sang vokalis, Ali Eskandarian, 35, dan pemain drum Arash Farazmand, keduanya adik-adik.

Tak hanya itu, Rafei juga menembak tangan Sasan Sadeghpourosko, 22, dua kali di luar bangunan apartemen. Mangsa terakhirnya itu bukan anggota band.

Menurut polis  Rafei dikeluarkan dari bandnya kerana mencuri wang dan peralatan.

Pengurus band Ali Salehezadeh mengatakan pelaku mengenali korban-korbannya tapi mereka sudah tidak berkomunikasi beberapa bulan kerana ada konflik.

Surat khabar New York Post melaporkan Sadeghpourosko sempat melawan ketika tangannya ditembak dua kali. Dalam pergelutan itu pelaku mengatakan kepada teman asal Iran itu,"Mengapa kalian membawaku jauh-jauh dari Iran ke sini lalu mencampakkanku?"

Polis  menemukan Rafei di bumbung apartemen dengan tembakan di kepala dan senapang di samping mayatnya.

sumber:Merdeka.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar